Mengenai

SUPER TAILOR adalah idea dua usahawan iaitu Hafiz Mustapha seorang pakar imej dan penjenamaan dan Noraini, seorang pengajar dan tukang jahit.

Hafiz Mustapha ialah pemilik CuteCarry Sdn Bhd. Beliau amat berengalaman dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Beliau berpengalaman mengendalikan lebih 300 sesi ceramah dan kursus kepada berbelas ribu orang peserta.

Beliau telah diberikan kepercayaan oleh lebih daripada 200 agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan ceramah dan kursus.

Hafiz Mustapha  memulakan perniagaan daripada KOSONG. Beliau hanya mempunyai semangat berkobar dan minat yang mendalam.Tiada modal digunapakai dan ilmu dipelajari daripada pengalaman.

Beliau akan berkongsi tips bagaimana syarikatnya menjana pendapatan setinggi beratus ribu ringgit dalam sebulan. Jatuh dan bangun didalam bidang perniagaan akan dikongsi bersama anda. Kawan mesti dikenalpasti dan musuh jangan dicari.

 

Sebelum kerjasama ini dilakukan, Noraini adalah seorang tukang jahit yang mempunyai berbelas tahun pengalaman. Walaubagaimanapun, pendapatan yang diperolehi tidak menentu akibat strategi dan pengurusan perniagaan yang lemah. Secara purata beliau hanya mampu memperoleh sekitar RM800 sebulan. Pendapatan ini tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang makin meningkat.

Kekusutan didalam kerjaya dan ekonomi akhirnya terungkai pada tahun 2013. Beliau telah mendaftarkan diri untuk kursus IMEJ & PENJENAMAAN anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kedah. Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Hafiz Mustapha.

Selepas menyertai kursus tersebut, Noraini telah mendapat idea didalam laluan kerjayanya. Beliau mula mempraktikan teknik dan tips yang telah dipelajari. Strategi telah disusun dan langkah diatur. Pewujudan pelan pemasaran, kewangan dan penjenamaan dicorak. Tempahan jahitan masih menjadi cabang rezeki dan dalam masa yang sama beliau mula memperkenalkan kursus jahitan anjuran beliau sendiri. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan ia membuahkan idea lain iaitu penjualan naskah pola jahitan pakaian hasil daripada permintaan ramai. Sehingga kini beliau telah menjual beribu-ribu nashkah pola jahitan.

Sepanjang menjalankan kelas jahitan Noraini telah mengenalpasti kekurangan yang terdapat pada peserta yang hadir. Teknik jahitan telah mahir tetapi aspek perniagaan, penjemaan, motivasi dan imej amat tipis. Ia seperti apa yang dialami oleh beliau sebelum ini. Simpton ini adalah penyebab kepada kurangnya pendapatan tukang jahit.

Niat untuk membantu telah diterjemahkan kepada kerjasama bersama sifunya iaitu Hafiz Mustapha. Kelas SUPER TAILOR telah lahirkan. Kelas Super Tailor yang pertama telah diadakan di CuteCarry Academy, Seri Kembangan. Kelas ini telah mendapat sambutan yang hangat dan ia dilaksanakan setiap bulan di seluruh negara.

 

 

VISI

Usahawan jahitan yang professional, berwawasan dan berpendapatan tinggi.

 

OBJEKTIF

Selepas tamat kursus ini, para peserta akan dapat:

  • Mengenalpasti hala tuju sebagai kerjaya seorang tukang jahit.
  • Menguasai elemen-elemen kemahiran dan teknik sebagai tukang jahit.
  • Mengusai teknik-teknik dan kemahiran seorang ahli perniagaan
  • Meningkatkan pendapatan
  • Menjalankan perniagaan tanpa premis
  • Menjenamakan diri dan perniagaan secara holistic
  • Membantu orang lain untuk meningkatkan kualiti kehidupan.