Testimoni

TESTIMONI 1: PESERTA SUPER TAILOR

PUAS HATI DAPAT PAKAI BAJU JAHITAN SENDIRI

Dahulu hendak buat ukur badan pun tak yakin, maklumlah tiada ilmu walaupun minat ada. Tetapi setelah menghadiri kelas Super Tailor CuteCarry, saya telah berjaya menyiapkan pakaian untuk diri sendiri. Lebih membanggakan saya telah mula mengambil tempahan menjahit pakaian setelah mengikut tips2 perniagaaan dan penjenamaan oleh En Hafiz. Ia menjadi sumber pendapatan untuk saya dan keluarga. Alhamdulillah.
Saya memang syorkan supaya mereka yang berminat menjahita dan menambahkan pendapatan hadir kelas ini. Sifu Awie dan Sifu Hafiz banyak membantu. Paling utama saya menjadi lebih yakin.

Puan Farah,
Ampang, Selangor

testimoni01


 

TESTIMONI 2: PESERTA SUPER TAILOR

KUNCI KEPADA REZEKI: ILMU, YAKIN, TINDAKAN

Nama saya Syikin, seorang tukang jahit dan berasal dari Kedah.

Sudah lama dalam bidang jahitan sampai rasa jemu. Hati ni masih mncari arah dan belum bertemu kepuasan. Tetapi hidup saya berubah dengan satu iklan. Suatu hari terbaca iklan KELAS SUPER TAILOR yang akan diadakan di Seri Kembangan, Selangor.

testimoni02Hati tertarik untuk hadir dengan nawaitu untuk mncari perubahan dalam hidup.

Awie Manik menjelaskan sejelasnya mengenai pola baju dengan teknik yang mudah. Segala persoalan dan kekeliruan terjawab. Hafiz pula banyak memberi teknik penjenamaan dan perniagaan. Walaupun nampak remeh dan mudah tapi impak amat besar. SSM, label sehingga teknik mengawal kewangan. Sebelum ini saya sendiri tidak membayar gaji sendiri. Sebab itulah duit perniagaan selalu macam tak cukup!

Beliau juga membimbing tentang menjadi diri sendiri dan imej seorang tailor dan teknik marketing. Saya tidak tunggu dan lihat. Saya mula bertindak.

Strategi disusun dan disusuli tindakan. Saya mula mendapat keberanian memulakan satu cabang rezeki baru. Saya mula menganjurkan Kelas Pembuatan Telekung untuk peserta yang berminat di kawasan kedah dan Perlis. Moga Allah mudahkan segalanya.


 

testimoni03